Pages

Wednesday, November 17, 2010

Merancang Persaraan

Setengah orang dok pikir,bestnye kalo dapat bersara awal.Habiskan masa bersama yang tersayang,shoping & melancong sana sini....Puff!!! la,mustahil la boleh bersara awal...hehe..hutang kete,rumah,sekolah anak-anak...kalo bersara awal sapa nak tolong setelkan semua tu?

Jawapannye adalah persediaan anda..sejauh mana persediaan yang anda telah buat or dah rancang untuk bersara awal atau bila tiba masa bersara?Cukupkah dengan duit kWSP/pencen yang ada untuk cover sisa2 hidup selepas bersara?


Sekadar copy & paste dari http://melorberapi.wordpress.com


Merancang Persaraan

Bersara bermakna berhenti berkhidmat sebagai kakitangan tetap dengan mana2 syarikat atau institusi apabila mencecah umur tertentu. Biasanya, umur persaraan swasta ialah 55 tahun manakala umur persaraan kakitangan kerajaan ialah 58 tahun.

Walau bagaimanapun, tiada halangan untuk meneruskan berkhidmat di mana-mana syarikat atau institusi selagi khidmat diperlukan. Namun, khidmat selepas umur persaraan akan ditawarkan secara kontrak.

Kenapa Merancang Persaraan

Selepas bersara, tiada lagi pendapatan yang diperolehi setiap bulan untuk memenuhi pelbagai tuntutan dan komitmen.

Jika, tuntutan dan komitmen tetap berterusan sedangkan pendapatan sudah tiada maka ini akan mengundang malapetaka yang besar kepada pesara terbabit.

Maka, seseorang itu perlu merancang untuk bersara. Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk seseorang merancang untuk bersara. Jawapan yang paling tepat ialah persaraan perlu dirancang mulai sekarang.

Sekarang bermaksud bila seseorang itu melangkah memasuki alam pekerjaan, maka perancangan perlu dilakukan.

Merancang untuk bersara akan meringankan atau mungkin melepaskan pesara terbabit daripada pelbagai tuntutan dan komitmen yang membelenggu waktu persaraan.

Tambahan pula, pelbagai kos yang diperlukan meningkat saban tahun disebabkan inflasi yang boleh menyebabkan wang persaraan yang disediakan tidak mencukupi.

Bagaimana merancang untuk bersara

Merancang untuk bersara amat penting kerana setiap mempunyai pendapatan yang terhad. Ini terjadi keraan setiap orang mempunyai komitmen dan keperluan yang berbeza.

Dengan pendapatan terhad, seseorang perlu merancang untuk memenuhi tuntutan semasa dan juga tuntutan semasa bersara kelak.

Perancangan untuk bersara perlu dilakukan samada pendapatan sebulan ialah RM800 atau RM8,000. Kakitangan swasta tidak boleh terlalu mengharapkan tabung KWSP dan kakitangan kerajaan tidak boleh mengharapkan pencen.

Perancangan yang pertama yang perlu dilakukan ialah menentukan keutamaan dalam perbelanjaan. Jika semuanya utama, pilih lah yang paling utama mengikut susunan hireaki.

Sukar untuk menentukan keutamaan kerana setiap orang mempunyai keinginan dan pendapat yang berbeza.

Salah satu perancangan ialah melakukan belanjawan peribadi. Belanjawan ini boleh dilakukan berdasarkan keutamaan seseorang dan membuat peruntukan terhadap keutamaan tersebut.

Contohnya, keutamaan yang paling tinggi ialah memenuhi keperluan asas seperti utama ialah makanan dan minuman. Maka diperuntukkan 30% sebulan daripada gaji bulanan sebagai memenuhi keperluan tersebut. Manakala 40% daripada gaji bulanan untuk pelaburan dan seterusnya.

Bila pendapatan bertambah, maka perbelanjaan dan pelaburan tersebut juga akan ditambah sewajarnya.

Cara ini boleh membantu seseorang untuk berdisplin ketika muda dalam mengurus kewangan.

Pelaburan

Kita sedia maklum bahawa pelaburan amat penting untuk memastikan bahawa kita mempunyai wang cukup semasa persaraan.

Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh menambah dana sebelum persaraan. Di sini, saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut mengikut keutamaan:

Insurans

Langkah yang pertama ialah memiliki insurans. Ini kerana kos2 perubatan semakin meningkat bersama2 meningkatnya gaya kehidupan seseorang.

Jika ingin memiliki insurans pastikan bahawa insurans tersebut memiliki tiga komponen iaitu perlindungan, nyawa dan pelaburan. Bertambah baik jika insurans tersebut menyediakan kad perubatan.

Pembelian insurans adalah satu cara yang mudah untuk membuat pelaburan. Selepas beberapa tahun, wang tersebut boleh dikeluarkan dengan tujuan tertentu dengan syarat akaun tersebut tidak ditamatkan.

Bahkan, insurans boleh membantu pesakit yang mempunyai insurans mendapat perkhidmatan yang selesa di hospital2 swasta.

Namun, perlu berhati-hati dalam memilih insurans di mana bakal-bakal pembeli harus bertanya apakah klaus-klaus yang terdapat di dalam polisi insurans tersebut.

Ini kerana terdapat ramai pembeli insurans tidak dapat membuat tuntutan bila terjadi sesuatu kecemasan atau kemalangan akibat melanggar klaus-klaus yang terdapat di dalam polisi tersebut tanpa disedari.

Hartanah

Hartanah biasanya merujuk kepada rumah kediaman, rumah kedai dan tanah.

Pembelian rumah kediaman merupakan keperluan asas kepada setiap orang. Kos tersebut melibatkan hutang yang besar di mana jika kos rumah ialah RM200,000 tetapi bayaran balik kepada bank biasanya RM450,000 (prinsipal dan faedah).

Pinjaman sebanyak itu menyebabkan peminjam perlu membayar sebanyak RM1,200 sebulan berdasarkan kadar faedah semasa (BLR – 1.8%). Jika pinjaman tersebut belum dilangsaikan sebelum bersara maka pesara tersebut akan menanggung beban yang besar untuk meneruskan pembayaran hutang-hutang tersebut.

Malah, ada pekerja swasta mengunakan duit tabungan EPF untuk menyelesaikan hutang tersebut. Strategi ini dikira kurang tepat kerana duit tabungan EPF sepatutnya dikeluarkan oleh membiayai hari-hari persaraan.

Pada pendapat saya, strategi yang baik ialah menyelesaikan hutang perumahan sebelum persaraan. Ini boleh dilakukan dengan dua cara.

Cara yang pertama ialah membeli rumah di awal usia katakan 25 tahun, jika bersara pada umur 55 tahun maka hutang pinjaman akan dapat dilangsaikan.

Jika cara ini kurang praktikal kerana di awal usia, kita lebih terdedah untuk membeli keperluan lain seperti kereta, laptop, motosikal dan sebagainya. Bagi sesetengah orang, mereka ingin membeli rumah bersama2 dengan pasangan masing2 jadi pembelian rumah tidak dapat dilakukan.

Bila pembelian rumah untuk di diami dilakukan pada usia yang lewat sebagai contoh 35 tahun, hanya masih ada 20 tahun sebelum bersara pada usia 55 tahun.

Memang pinjaman dibenarkan sehingga umur 65 tahun iaitu untuk tempoh masa 30 tahun. Namun, kita terperangkap dengan beban hutang selama 10 tahun selepas bersara. Ini amat membebankan pesara tersebut.

Oleh itu, strategi di sini ialah membeli rumah berdasarkan kemampuan pada masa kini. Jika mampu untuk membeli flat, apartment, maka niat tersebut perlu diteruskan.

Harga hartanah sentiasa akan naik, jika ada yang membeli rumah flat di Shah Alam pada harga RM42,000 pada tahun 2003, nilai hartanah tersebut sekarang dianggarkan bernilai RM75,000.

Pinjaman perumahan sebanyak RM42,000 memerlukan peminjam membayar sebanyak RM200 sebulan dan kadar sewa di flat berkenaan di antara RM450 dan RM600.

Dengan kadar RM200, pembayaran bulanan kepada pinjaman bank, rasanya semua orang mampu untuk membeli flat berkenaan.Bahkan flat bernilai RM72,000 hanya memerlukan bayaran bulanan sebanyak RM400 sebulan

Jika, seseorang merancang untuk bersara dengan tenang, beliau boleh membeli rumah kediaman pada usia yang lewat katakan pada usia umur 40 tahun. Rumah kediaman yang dirancang untuk dibeli berharga RM200,000.

Dengan tempoh masa selama 15 tahun untuk bersara dan jika dia ingin menamatkan pinjaman sebelum bersara. Dengan jumlah tersebut, dia kena bayar sebanyak RM1,900 sebulan.

Untuk mengurang beban hutang setiap bulan, dia boleh mengunakan duit sewa yang diperolehi daripada sewa flat untuk mengurangkan beban hutang. [(RM1900 - RM250 (sewa bersih)]. Jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,650 sebulan.

Itu jika ada 1 rumah flat, jika ada dua rumah flat tersebut. Maka semakin kurang hutang setiap bulan yang perlu di bayar untuk membiayai pinjaman rumah kediaman pesara berkenaan.

Bila semakin menghampiri tempoh persaraan, pesara boleh memilih untuk menjual flat terbabit untuk mengunakan wang tersebut untuk menyelesaikan hutang2 yang tertunggak ataupun membiarkan flat2 tersebut menghasilkan pendapatan kepada pesara terbabit.

Bayangkan jika sebelum umur persaraan, flat2 yang dibeli sudah habis tempoh pinjaman dan masih belum dijual. Jika 1 flat menghasilkan RM500 sebulan. Ini seumpama gaji bulanan yang diperolehi oleh pesara terbabit.

Pendidikan dan Kerjaya

Pendidikan adalah salah satu cara untuk merancang persaraan.

Dengan pendidikan, maka seseorang boleh berusaha untuk mendapatkan jawatan yang boleh menawarkan imbuhan yang lagi tinggi.

Imbuhan tersebut boleh digunakan untuk untuk merancang pelaburan yang diperlukan semasa persaraan.

Sikap malas dan susah haruslah dibuang untuk meningkatkan tahap pendidikan. Begitu juga, soal pembiayaan sepatutnya tidak menjadi penghalang terbesar untuk seseorang menyambung pelajaran.

Pinjaman bank pada kadar yang rendah boleh diperolehi untuk membiayai yuran pengajian. Pada yang mempunyai wang di dalam KWSP, akaun 2 boleh dikeluarkan untuk membayar yuran.

Dengan pendidikan terutama ke tahap doktor falsafah adalah lesen dan tiket untuk mencapai imbuhan yang lagi lumayan dengan pelbagai bentuk dan cara boleh dilakukan.

Penerbitan, perundingan, penghasilan produk akan menghasilkan sumber2 kewangan yang banyak kepada individu terbabit. Bahkan, ada yang memperolehi bayaran berjuta RM hasilkan daripada kepakaran di dalam bidang2 tertentu

Perkembangan kerjaya perlu dititikberatkan kerana itu menentukan imbuhan yang akan diperolehi setiap bulan yang boleh digunakan untuk merancang persaraan dengan lebih baik.

0 comments:

Post a Comment