Thursday, September 17, 2009
Friday, August 28, 2009
Islam Itu Syumul (bukan syamil ye :-)

Sekadar Copy n paste dari E-mail...
Tazkirah Ramadhan
Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu sahaja,tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.
Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu disebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu. OrangMelayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasakdan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam
uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perludi tanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.
Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga menyerupai Hindu.Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancanganHindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.
Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar danmelontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.
Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah mewariskan adat agama syirik!
Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua, bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.
Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita
boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang
bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang
Islam."
Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam,
daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.
Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu.
Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun
sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang
penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."
Dalam riwayat yang lain:
"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang diserupainya)."
Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau
dibuang atau diubah.
Saturday, August 22, 2009
Salam Ramadhan

Buat teman2...
Diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Sama2 lah kita jadikan bulan mulia ni untuk membersihkan hati & 'recharge' iman kita masing2..
Moga semua amal soleh kita diterima-Nya
Jom terawikh & tadarrus!!
Friday, July 24, 2009
Teratak aku kene sabotaj?
Minggu ni patutnya rumah teratak aku dah sedia untuk disewakan,tinggal nak masukan kipas je.Hari ni plak sepatutnya serahkan kunci kepada penyewa aku..Berita bahawa lcok umah aku kene tukar hanya aku ketahui lepas Faris 1Solution call aku smalam sebab wireman datang nak pasang kipas.So aku soh depa pecahkan je lock tu.Skali lagi aku terkejut bila faris bagitau power letrik pun takde.Aku pun dah mula hangin n suspect ada orang sebotaj umah aku tu,tapi aku tak berani nak tuduh sesapa.Petang tu jugak aku pi beli lock baru n bergegas ke Danau Desa.Sampai kat sana memang confirm lock ada orang tukar,aku cek air lak,dah ada…pastu pi tengok bilik suis,confirm skali lagi memang meter dah kene cabut.Kata wireman faris ni bukan keje TNB.Aku snap gambar sekali nak tunjuk kat TNB nanti
Sunday, July 19, 2009
Nogixs Jr

Semalam aku n bini aku pi ke Danau Desa untuk kemaskan rumah teratak yang baru settle tu.Ingat nak sewakan bulan depan,so kene cepat2 cleankan umah tu n settlekan bil air yang tertunggak.Aku mintak bini aku temankan je,nak soh wat keje mmg dah tak boleh.Dah setel sume tu kitaorang terus balik ampang.Masa on the way wife aku ngadu sakit perut dia tu makin kerap,alamak dah nak meletop lah ni..tapi kitorang balik umah dulu la bersiap.Masa pi hospital Ampang bini aku dah tak larat,so depa bagi wheelchair.Sementara aku uruskan pendaftaran,bini aku dibawa ke dewan bersalin tingkat 4 untuk checkup.Lepas je setel pendaftaran,aku terus bawak mak n anak dara aku tu pi cari bini aku.Malangnye budak kecik tak dibenarkan masuk untuk atas sebab H1N1,so tpaksala aku tinggal mak mentua n anak aku kat bawah..Agak lama jugak aku menunggu,2 3 kali bini aku tukar katil,sebenarnya dia dapat katil wad kelas 2 ntah mcm mana nurse tu silap bagi katil,so pindah randah la dia.Masa bini aku dah nak beranak baru depa panggil masuk bilik bersalin tu,aku dengan berdebarnya menemani bini aku saat melahirkan baby boy nih...kira 1st time lah aku ada kat tepi bini aku masa nak bersalin.Masa anak pertama kat HKL depa tak benarkan masuk,hampeh tul la...sian bini aku melahirkan anak sulung tanpa laki disisi..
Masa dalam bilik bersalin tulah kita akan tau betapa seksanya nak melahirkan,bertarung nyawa sehingga Allah berikan ganjaran yang besar bagi ibu2 yang bersalin nih..Antaranya ialah:
>Selepas seorang wanita melahirkan anak, Allah s.w.t. sediakan pahala 70 tahun sembahyang dan puasa. Setiap kesakitan pada satu-satu uratnya melahirkan anak itu, Allah s.w.t. memberi satu pahala haji mabrur.
> Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan anak, dia dikira mati syahid.
Bagi sang suami yang belum penah temankan bini nak bersalin digalakan temankan bini tu bagi 'support' skit.Hargailah pengorbanan bini mengandungkan anak kita selama 9 bulan dalam perut tuh...
Akhirnya tepat 3.54ptg baby boy aku selamat dilahirkan,Allahdulillah takde masalah...syahdu dapat dengar tangisan pertama dia sebelum aku azankan dia.
Selepas setel suma,bini aku ditempatkan di Wad 4c,tu pun skali lagi tertukar katil,maklumla lain2 nurse..Aku hanya boleh temankan bini aku sampai pukul 7mlm je,ingtkan bleh teman sampai pagi esok..So aku blah la balik umah dulu.Penat giler,sampai umah aku lelap terus,sampai pagi ni tersedar sebab belum solat isyak..pehtu aku update blog nih hehe..
Selamat dilahirkan pukul 3.54ptg
Berat:3.33kg
Jantina:Lelaki tulen
Nama rasmi :Syamil
Wednesday, June 3, 2009
Outstation @ Costa Rica,Le Paris Port Dickson

Minggu ni aku kene pi bengkel Sistem Perakaunan Mikro Berkomputer(SPMB)
Keje aku lak hanya sebagai IT Support untuk bengkel ni,so makan,minum n lepak lah jawabnye,sampai depa panggil aku kalo ada apa-apa.Huh..boring tul..dah agak lama aku tinggalkan masa bersama ngan anak pompuan aku sorang tu,taklupa jugak bini aku yang tengah sarat hehehe..sabor ye.....kene amik cuti la jawabnye nanti..
Tuesday, May 26, 2009
Moto aku
Pukul 10:14 a.m
“Assalamualaikum..ni en mohd naufal ke?ada pakai ninja 250r”
“err..ni Nazif “
“oo..diorang silap bagi nama la ni.encik,moto sudah siap,kitorang tukar stater satu set,so bleh amik moto ni.”
Huhu…moto aku dah siap rupanye,aku mintak orang Kawasaki anta kat Welly balik pehtu baru aku p amik moto tu kat sana.Aku terus inform budak yang nak beli moto tu,dia plak bz sampai next week…nampaknye sempat lagi aku pakai moto ni kejap sebelum berpisah buat selamanye..Iskh..sedihnye hehehe…
